"Hidup tanpa tujuan selalunya mendukacitakan"

Sunday, 19 January 2014

LET'S COOKING....;)

LA NIE, CEQ SUKA WAT KUEI....
Just sharing....
Apam Gula Hangus (Kukus)
1 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur
1 1/2 cawan gula putih
1 cawan air panas
1 cawan susu pekat manis
2 sudu besar marjerin
Cara-cara:
1. 1 cawan gula putih dipanaskan diatas api yang sederhana sehingga bertukar perang ( blh titiskan beberapa titik air utk mempercepatkan proses peleburan gula).
2. Masukkan air panas perlahan-lahan (berhati-hati kerana ia akan menyebabkan percikan yang agak kuat). Masukkan marjerin.
3. Apabila gula telah cair sepenuhnya, angkat dan sejukkan.
4. Pukul 1/2 cawan baki gula tadi bersama telur sehingga kembang.
5. Masukkan susu pekat ke dalam adunan telur tadi.
6. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat.
7. Masukkan tepung tersebut sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
8. Masukkan gula hangus.
9. Gaul adunan sehingga sebati.
10. Tuangkan adunan ke dalam loyang/acuan.
11. Kukus selamat 20-25 minit.
Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment