"Hidup tanpa tujuan selalunya mendukacitakan"

Monday, 20 January 2014

second try...better..more delicious..;)

2nd try....
Better! 
JUST SHARING...
KUIH CARA MANIS
BAHAN@:
3 cawan santan
2 cawan tepung gandum 
1 biji telur
5 helai daun pandan@pewarna hijau
Garam
Gula Putih

CARA2:
1. Kisar daun pandan bersama 3 cawan santan, tapis
2. Santan+telur+garam-blend sampai kembang.
3. Masukkan tepung, gaul sehingga sebati.
4. Masukkan adunan ke dalam jag kecil( senang untuk dituangkan ke dalam acuan).
5. Sapukan minyak masak pada acuan, panaskan acuan di atas dapur-guna api yang kecil sahaja.
6. Tuangkan adunan ke dalam acuan.
7. Masukkan gula ke dalam acuan.
8. Tutup acuan dengan tudung periuk.
9. Bakar sehingga masak ( 10 minit)
10. Setelah masak, sejukkan. Keluarkan kuih dari acuan.
11. Ulang langkah 6-9 sehingga selesai.

SELAMAT MENCUBA..

Sunday, 19 January 2014

LET'S COOKING....;)

LA NIE, CEQ SUKA WAT KUEI....
Just sharing....
Apam Gula Hangus (Kukus)
1 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur
1 1/2 cawan gula putih
1 cawan air panas
1 cawan susu pekat manis
2 sudu besar marjerin
Cara-cara:
1. 1 cawan gula putih dipanaskan diatas api yang sederhana sehingga bertukar perang ( blh titiskan beberapa titik air utk mempercepatkan proses peleburan gula).
2. Masukkan air panas perlahan-lahan (berhati-hati kerana ia akan menyebabkan percikan yang agak kuat). Masukkan marjerin.
3. Apabila gula telah cair sepenuhnya, angkat dan sejukkan.
4. Pukul 1/2 cawan baki gula tadi bersama telur sehingga kembang.
5. Masukkan susu pekat ke dalam adunan telur tadi.
6. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat.
7. Masukkan tepung tersebut sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
8. Masukkan gula hangus.
9. Gaul adunan sehingga sebati.
10. Tuangkan adunan ke dalam loyang/acuan.
11. Kukus selamat 20-25 minit.
Selamat mencuba.

Monday, 6 January 2014

DE MAKING OF 'KUIH CARA'..:)


Hai semua...today nak share ngan you all mcm mana nak buat KUIH CARA...
sebelum ni, ingatkan nak buat kuih yang comel-comel ni susah..so x pernah amik tau la mcm mana nak buat kan...but strat keja baru ni..sembang ngan rakan2 sekerja kat sekolah..tercerita lah pasal resepi kuih ini..Rupanya simple je....

RESEPI: Kuih Cara (Manis)

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan/susu cair
1 biji telur
Garam secukup rasa
Gula
Daun Pandan+Pewarna hijau

CARA-CARA:
1. Blend 1 cawan santan dengan daun pandan, tapis
2. Blend tepung+santan + telur+ garam sehingga sebati bersama 1 cawan santan yang telah dikisar bersama daun pandan tadi.
3. Sapukan minyak masak pada acuan dan panaskan di atas api yang perlahan.
4. Setelah acuan panas, tuangkan adunan ke dalam acuan.
5. Masukkan gula ke dalam adunan yang telah dimasukkan ke dalam acuan tadi.
6. Tutup acuan dengan tudung periuk, biarkan selama 10-15 minit.
7. Sejukkan acuan dan keluarkan kuih tadi dan susun secara bertangkup didalam piring.

Senang je kan? SELAMAT MENCUBA...





Sunday, 5 January 2014

Allah Love You....

Al-fatihah buat almarhum Muhamad Irfan Hakimi pelajarku yg telah kembali ke pangkuan Penciptanya jam 2 ptg td stlh hampir 2 tahun menghidap kanser tulang...Cikgu doakan roh Ipan tenang disana dan dicucuri rahmat...Ipan insan yg kuat semangat dan tidak pernah berputus asa...namun Allah SWT lebih menyayangimu....aamiin...takziah buat keluarga Muhamad Irfan Hakimi...moga Allah kuatkan semangat kalian dan dititipkan kesabaran olehNya

#JanjiAllahItuPasti-Al-fatihah — feeling sad




Allah menyanyangimu...mekar dalam kenangan...