Assalamualaikum wbt....
Salam ukhwah buat semua yang follow blog yang tidak seberapa ni...
Terus mendepani hari-hari mendatang...dengan harapan semoga hari esok menjanjikan sesuatu yang lebih baik..Insya Allah...Sebagai manusia biasa..siapalah kita untuk mempersoalkan setiap takdir yang Allah tentukan...Jika kita merasa bahagia pada hari ini, tidak semestinya hari esok kita tetap bahagia...jika hari ini kita berduka...esok berkemungkinan kita merasa kebahagiaan...Begitulah hakikat sebuah kehidupan...
Aku bersyukur padaMu Ya Rabbi kerana sentiasa meniupkan sifat tabah dan sabar dalam diriku ini...bersyukur dengan setiap kurniaanMu...tidak kira bahagia mahupun derita....Keran ku percaya di setiap penghujung setiap episod kehidupan itu...akan ada ganjarannya tersendiri...aku berdoa semoga semua episod itu akan berkesudahan dengan baik dan sempurna...
Ku syukuri setiap takdir hidupku ini....Terima Kasih Ya Allah...


No comments:
Post a Comment